Muslim Kids - Ke Arah Generasi Celik Al Quran

PEMBERITAHUAN


Aduan/Pertanyaan :
Adalah dimaklumkan pihak Surau Al-Ehsan amat berterima kasih kepada pengunjung blok ini yang pastinya adalah dari kalangan penduk-penduduk kuarters kerajaan Blok A dan B, Presint 11 sendiri.
Surau Al-Ehsan dengan sukacita mengalakkan penduduk memaklumkan kepada pihak kami jika ada sebarang aktiviti seperti jemputan tahlil, aqiqah, kematian, kelahiran, gotong royong atau apa jua yang boleh melibatkan penyertaan ramai supaya aktiviti itu boleh mendapat makluman awal dan secara tidak langsung meramaikan lagi majlis yang mahu di anjurkan tuan rumah/individu atau persatuan penduduk sendiri.

Kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari pihak penduduk-penduduk Blok A dan B Presint 11 untuk penambahbaikan mutu hidup kejiranan di kawasan ini.
Kami juga menerima sebarang aduan berkenaan masalah-masalah semasa berkaitan isu-isu/ soal keselamatan, kebajikan dan sebagainya untuk di utarakan dan disampaikan ke meja persatuan penduduk kawasan ini.
Sesungguhnya usaha ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama di antara kita dan merapatkan ukhwah sesame bangsa dan agama.
Untuk itu sebarang komen/cadangan/aduan boleh di email ke alehsanp11@gmail.com dengan menyertakan nama dan alamat untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment