Muslim Kids - Ke Arah Generasi Celik Al Quran

Tuesday 3 April 2012

Riyadhus Solihin : Bab 1 Ikhlas

Kitab              :           Riyahdhus Solihin
Bab                 :           Ikhlas
Pengajar       :           Ustaz Ahmad

Berniat dengan ikhlas bagi semua amalan adalah perkara asas dalam agama Islam sama asa perkataan atau perbuatan zahir dan batin. Perkara ini diterangkan di dalam Al Quran ;

“..padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Al Baiyinah : 5) 

Daripada ayat tersebut dapatlah difahami betapa pentingnya niat. Oleh sebab itulah setiap orang dikhendaki berniat dengan tulus ikhlas dalam semua amalan semata-mata kerana Allah taala.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafas (Umar bin Al Khattab) katanya, kau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Hanyasanya sah segala amalan itu dengan berniat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau wanita yang akan dikahwininya maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrah itu”.

(AlBukhary & Muslim).

Pengajaran hadis :

1.     Setiap amalan bergantung kepada niat.

2.     Sesuatu amalan yang dilakukan dengan sempurna kerana Allah akan mendapat ganjaran di akhirat kelak. Sebaliknya sebarang amalan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu yang bersifat keduniaan semata-mata tidak mendapat sebarang ganjaran pahala.
3.     Niat hanya dikhendaki bagi amalan kebajikan sahaja.

4.     Niat merupakan rukun pertama bagi setiap ibadat dan merupakan batas untuk membezakan di antara amalan biasa (adat) atau ibadat.

Sunday 19 February 2012

Bengkel SMART Solat


Assalamualaikum w.b.t



Sukacita di maklumkan HELWA Jalan P11B1 akan mengadakan BENGKEL SMART SOLAT bagi kaum wanita pada tarikh seperti berikut :


TARIKH        : 03.03.2012

HARI             : SABTU

MASA           : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT      : SURAU AL EHSAN, BLOK A

PENYERTAAN     : WANITA SAHAJA

PENDAFTARAN : PERCUMA




Bengkel ini memberi penekanan tentang kepentingan untuk sentiasa menunaikan dan menjaga Rukun Islam kedua di samping member latihan praktikal bermula dari wudhu’, tatacara solat, bacaan solat dan solat bagi mereka yang uzur.




SEBARANG PERTANYAAN/ PENDAFTARAN, SMS NAMA DAN ALAMAT KEPADA PUAN NORHAYATI (BLOK A) 019-3326442

Saturday 11 February 2012

Sambutan Maulidul Rasul 1433 Hijrah

Tarikh            : 11 Februari 2012 (Sabtu)

Majlis             : Sambutan Maulidul Rasul 1433


Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
 
 
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
 
 
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.
 
 
Bersempena dengan itu, Surau Al Ehsan telah mengadakan satu sambutan secara kecil-kecilan di perkarangan lobi Blok A dengan di hadiri lebih 150 orang penduduk kuarters Presint 11.
Hadirin terdiri dari penduduk Presint 11 yang hadir mendengar ceramah


Satu majlis ilmu berupa Kuliah Maghrib telah diadakan dengan menjemput Al Fadil Ustaz Hasim bin Harun dari IPG Islam Bangi yang juga merupakan bekas Johan Qari Negeri Selangor  untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Rasulullah sebagai ikon transformasi’.

Ustaz (tengah) bersama Penaung dan Pengerusi Surau Al-Ehsan

Antara kandungan ceramah tersebut andai dapat di simpulkan beberapa point penting adalah seperti berikut :


1.    Kita di tuntut mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah sebagai tanda cinta kepada baginda dan syarat mendapat syafaat di akhirat kelak.

2.    Kita di galakkan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sekurang-kurangnya 80 kali sehari.

3.     Kita perlu membaca paling sedikit 10 ayat Al-Quran yang merupakan mukjizat Rasulullah kepada umatnya, jika tidak mahu tergolong orang-orang yang lalai.

Thursday 9 February 2012

Majlis Tahlil

Tarikh            : 10 Februari 2012 (Khamis)

Majlis             : Tahlil Allahyarham Arman Ali


Salam takziah dari pihak Surau Al-Ehsan kepada keluarga En Arman Ali di atas pemergian Allayarham kerana komplikasi jantung pada 05 Februari 2012 yang lepas.


       Majlis di adakan setelah selesai solat isyak
Di atas permintaan dari pihak keluarga Allahyarham, pihak surau telah mengadakan majlis tahlil arwah pada hari tersebut.

     Hadirin penduduk yang hadir meramaikan majlis tahlil
Semoga Allahyarham di tempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. Al-Fatihah…

Tuesday 7 February 2012

Rindunya Nabi Muhammad s.a.w Terhadap Kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.