Majlis :
Sambutan Maulidul Rasul 1433
Upacara
sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur
pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian
sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh
Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah
tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah
bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara
memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun
sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini
ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus
berkembang sehinggalah sekarang.
Bersempena dengan itu, Surau Al Ehsan telah
mengadakan satu sambutan secara kecil-kecilan di perkarangan lobi Blok A dengan
di hadiri lebih 150 orang penduduk kuarters Presint 11.
![]() |
Hadirin terdiri dari penduduk Presint 11 yang hadir mendengar ceramah |
Satu majlis ilmu berupa Kuliah Maghrib telah
diadakan dengan menjemput Al Fadil Ustaz Hasim bin Harun dari IPG Islam Bangi yang juga merupakan bekas Johan Qari Negeri Selangor untuk menyampaikan
ceramah bertajuk ‘Rasulullah sebagai ikon transformasi’.
![]() |
Ustaz (tengah) bersama Penaung dan Pengerusi Surau Al-Ehsan |
Antara kandungan ceramah tersebut andai dapat di
simpulkan beberapa point penting adalah seperti berikut :
1. Kita di
tuntut mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah sebagai tanda cinta kepada baginda
dan syarat mendapat syafaat di akhirat kelak.
2. Kita di
galakkan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sekurang-kurangnya 80 kali
sehari.
3.
Kita perlu
membaca paling sedikit 10 ayat Al-Quran yang merupakan mukjizat Rasulullah
kepada umatnya, jika tidak mahu tergolong orang-orang yang lalai.
No comments:
Post a Comment