Tuesday, 13 March 2012
Friday, 2 March 2012
Sunday, 19 February 2012
Bengkel SMART Solat
Assalamualaikum w.b.t
Sukacita di maklumkan HELWA
Jalan P11B1 akan mengadakan BENGKEL SMART SOLAT bagi kaum
wanita pada tarikh seperti berikut :
TARIKH : 03.03.2012
HARI :
SABTU
MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : SURAU AL EHSAN, BLOK A
PENYERTAAN
: WANITA SAHAJA
PENDAFTARAN
: PERCUMA
Bengkel ini memberi
penekanan tentang kepentingan untuk sentiasa menunaikan dan menjaga Rukun Islam
kedua di samping member latihan praktikal bermula dari wudhu’, tatacara solat,
bacaan solat dan solat bagi mereka yang uzur.
SEBARANG PERTANYAAN/ PENDAFTARAN, SMS NAMA DAN ALAMAT
KEPADA PUAN NORHAYATI (BLOK A) 019-3326442
Saturday, 11 February 2012
Sambutan Maulidul Rasul 1433 Hijrah
Tarikh :
11 Februari 2012 (Sabtu)
Majlis :
Sambutan Maulidul Rasul 1433
Upacara
sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur
pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian
sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh
Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah
tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah
bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara
memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun
sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini
ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus
berkembang sehinggalah sekarang.
Bersempena dengan itu, Surau Al Ehsan telah
mengadakan satu sambutan secara kecil-kecilan di perkarangan lobi Blok A dengan
di hadiri lebih 150 orang penduduk kuarters Presint 11.
![]() |
| Hadirin terdiri dari penduduk Presint 11 yang hadir mendengar ceramah |
Satu majlis ilmu berupa Kuliah Maghrib telah
diadakan dengan menjemput Al Fadil Ustaz Hasim bin Harun dari IPG Islam Bangi yang juga merupakan bekas Johan Qari Negeri Selangor untuk menyampaikan
ceramah bertajuk ‘Rasulullah sebagai ikon transformasi’.
![]() |
| Ustaz (tengah) bersama Penaung dan Pengerusi Surau Al-Ehsan |
Antara kandungan ceramah tersebut andai dapat di
simpulkan beberapa point penting adalah seperti berikut :
1. Kita di
tuntut mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah sebagai tanda cinta kepada baginda
dan syarat mendapat syafaat di akhirat kelak.
2. Kita di
galakkan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sekurang-kurangnya 80 kali
sehari.
3.
Kita perlu
membaca paling sedikit 10 ayat Al-Quran yang merupakan mukjizat Rasulullah
kepada umatnya, jika tidak mahu tergolong orang-orang yang lalai.
Thursday, 9 February 2012
Majlis Tahlil
Tarikh :
10 Februari 2012 (Khamis)
Di atas permintaan dari pihak keluarga Allahyarham, pihak surau telah mengadakan majlis tahlil arwah pada hari tersebut.
Majlis :
Tahlil Allahyarham Arman Ali
Salam takziah dari pihak Surau Al-Ehsan kepada
keluarga En Arman Ali di atas pemergian Allayarham kerana komplikasi
jantung pada 05 Februari 2012 yang lepas.
![]() |
|
Majlis di adakan setelah selesai solat isyak
|
![]() |
|
Hadirin penduduk yang hadir meramaikan majlis
tahlil
|
Semoga Allahyarham di tempatkan bersama
mereka-mereka yang beriman. Al-Fatihah…
Tuesday, 7 February 2012
Rindunya Nabi Muhammad s.a.w Terhadap Kita
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari?
Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan
betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak.
Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu.
Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat
dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun
terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai
Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar
bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah
sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara
Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,"
kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya
perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian
baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku
tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat
mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada
anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan
tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib
imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada
Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka
berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan
wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku
berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya
itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya
sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui
kelemahan mereka.
"Kalau
kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang
dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap
Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






